Search This Blog

Sunday 19 February 2012

ELINA ROSE TEA SET(SOLD)








1 TEA POT
1 CUPS/SAUCERS/TEAPOT STAND
6 CUPS
6 SAUCERS
RM140 INCLUSIVE POSTAGE

PITCHER AND BOWL - NEW(SOLD)





PITCHER AND BOWL
RM 80 INCLUSIVE POSTAGE

BLUEBERRY ROSE TEA SET - NEW WITH BOX(SOLD)







FINE PORCELAIN (LUXURIA COLLECTION)
1 TEA POT
1 CUPS/SAUCERS/TEA POT STAND
6 CUPS
6 SAUCERS
RM140 INCLUSIVE POSTAGE

Bone China??? Must read.....kalau masih ragu2 tentang bone china.

Bone China - Haram?PDFPrintE-mail
Written by admin   
Sunday, 15 March 2009
Oleh: Abu Syu'aib
Disiarkan di dalam Majalah I terbaru, Mac 2009
Kebelakangan ini sibuk diperkatakan isu pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan oleh masyarakat kita. Memandangkan penggunaan tulang haiwan ini telah lama digunakan dan dipakai secara meluas di dalam industri-industri pembuatan, maka timbul keraguan dikalangan masyarakat islam adakah ianya halal untuk digunakan atau sebaliknya.
 
Tulisan ini asalnya merupakan kertas kerja yang telah dibentangkan oleh penulis di dalam majlis fatwa perlis ketika membincangkan isu ini. Semoga perkongsian ilmu dengan para pembaca sekalian dapat memberikan manfaat dan ganjaran disisi Allah s.w.t.
Persoalan mengenai tulang haiwan sama ada ianya boleh dimanfaatkan atau tidak, dibincangkan oleh para ulamak ketika mana mereka membahaskan persoalan kenajisan sesuatu perkara. Maka perselisihan yang berlaku dikalangan mereka adalah bertitik tolak dari penentuan adakah benda tersebut termasuk di dalam kategori najis atau tidak dan sekiranya najis adakah ianya boleh dibersihkan.
Seperti yang telah diketahui tidak ada perselisihan dikalangan ulamak bahawa kesemua bahagian haiwan yang halal dimakan adalah halal, seperti kulit, bulu, tulang, tanduk, kuku dan sebagainya apabila ianya disembelih secara syar’ie, dan ini bukanlah perbincangannya. Cuma perselisihan berlaku kepada haiwan-haiwan yang tidak boleh dimakan dagingnya atau yang dikategorikan sebagai bangkai iaitu yang mati secara tidak disembelih.

Kenajisan bangkai
Persoalan menentukan sesuatu itu najis atau tidak, mestilah berpandukan kepada dalil. Maka tidak boleh seseorang mendakwa sesuatu benda itu najis tanpa membawakan dalil yang menyatakan kenajisannya. Dan tidak semestinya setiap yang diharamkan itu maka hukumnya najis. Maka kaedah asalnya “setiap benda itu adalah suci dan tidak semua yang diharamkan itu semestinya najis. Sebab itu Imam al-Son’ani menyebut di dalam kitabnya “Subulus Salam”: “Yang benarnya, hukum asal kepada sesuatu itu adalah suci, dan hukum pengharaman sesuatu benda itu tidak semestinya benda tersebut najis… dan sesuatu yang dihukum sebagai najis maka sudah semestinya ianya haram, maka setiap najis itu haram tetapi tidak sebaliknya”.
Oleh yang demikian kenajisan bangkai itu telah disepakati oleh para ulamak berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Daripada Abdullah bin Abbas dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila disertu kulit maka ianya telah suci.
Imam al-Son’ani menyebut lagi: “Adapun bangkai, sekiranya tidak warid dari Nabi “Menyamak atau Menyertu kulit itu ialah menyucikannya” dan “Mana-mana kulit yang disertu sesungguhnya ia telah suci” nescaya kami katakan ianya suci. Kerana di dalam al-Quran hanya menyebutkan pengharaman memakannya. Tetapi kami hukumkan kenajisannya kerana adanya dalil (tentang kenajisannya) selain daripada dalil pengharamannya”.
Bangkai seperti yang ditakrifkan oleh Syarak ialah haiwan yang mati bukan melalui jalan penyembelihan yang syar’ie. Maka haiwan yang mati bukan dengan cara disembelih maka ianya dikira bangkai dan haram dimakan. Termasuk juga dalam istilah bangkai apa sahaja yang terpotong atau terputus daripada bahagian haiwan yang masih hidup maka dikira bangkai berdasarkan kepada sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan selainnya: Apa-apa yang dipotong dari bahagian haiwan, sedang ia masih hidup maka ia adalah bangkai.
Adakah Tulang termasuk di dalam istilah bangkai?
Telah dinyatakan sebelum ini bahawa ulamak bersepakat di atas kenajisan bangkai. Walaupun demikian timbul pula perbincangan apakah bahagian-bahagian haiwan yang mati itu yang dikira sebagai bangkai dan najis? Adakah keseluruhan haiwan tersebut atau bahagian-bahagian yang tertentu. Adakah tulang, tanduk, kuku, bulu, kulit dan sebagainya itu juga dikira sebagai bangkai? Di sini penulis bawakan pendapat dari empat mazhab yang masyhur. Pendapat-pendapat ini boleh dirujuk di dalam kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib al-Arba’ah oleh Abdul Rahman al-Jaziri

• Al-Malikiyyah berkata: Bahagian-bahagian bangkai yang mengandungi unsur hidup ialah seperti daging, kulit, tulang, urat dan seumpamanya (najis) berbeza seperti rambut, bulu kibas, bulu unta dan bulu yang halus ianya bukanlah suatu benda yang hidup maka ia bukanlah najis.
• Al-Syafieyyah berkata: Keseluruhan bahagian bangkai dari tulang, daging, kulit, rambut, bulu dan yang selainnya adalah najis kerana ianya yang mengandungi unsur hidup disisi mereka (Syafieyyah).
• Al-Hanafiyyah berkata: daging dan kulit yang mengandungi unsur hidup itu adalah najis. Ini berbeza dengan tulang, kuku, paruh, kuku, hafir (tapak kuda), tanduk, rambut maka ianya suci kerana ianya bukanah benda yang hidup, kecuali bulu babi (najis). Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. kepada seekor kambing yang telah mati (bangkai) “sesungguhnya yang diharamkan itu memakannya” di dalam riwayat yang lain “dagingnya” maka ini menunjukkan bahawa selain daripada daging tidak diharamkan termasuklah bahagian-bahagian yang disebut selagi ia tidak bercampur dengan lemaknya. Ia akan menjadi najis dengan sebab lemaknya, bagi masalah al-Usub (urat) terdapat 2 riwayat, yang masyhurnya suci. Dan sebahagian menyatakan yang paling sahih ianya najis.
• Al-Hanabilah berkata: Keseluruhan bahagian bangkai yang digolongkan benda yang mempunyai unsur hidup maka ianya najis kecuali (segala jenis bulu binatang) maka ianya suci, mereka berdalilkan dengan keumuman firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan (dijadikan-Nya pula) dari bulu kibas, bulu unta dan bulu kambing, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa”. Al-Nahl: 80. Kerana zahir ayat ini meliputi dua keadaan iaitu hidup dan mati.
Al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi menyebut di dalam al-Mughni: “Masalah: (Begitu juga bekas dari tulang bangkai haiwan) ianya najis. Ini kerana tulang dari bangkai haiwan merupakan najis sama ada bangkai dari haiwan yang boleh dimakan dagingnya atau yang tidak boleh dimakan seperti gajah tidak boleh disucikan walau dengan apa cara sekalipun. Ini pendapat mazhab Malik, Syafi’e, dan Ishak. Atho’ dan Thowus, al-Hassan, Umar bin Abdul Aziz r.hum. tidak menyukai tulang gajah”.
Maka kesimpulan awal yang diperolehi ialah tulang haiwan itu dihukumkan najis oleh majoriti para ulamak mazhab kerana ianya termasuk di dalam istilah “al-Maitah” iaitu bangkai. Walau bagaimanapun sebahagian di kalangan ulamak pula berpendapat sebaliknya kerana mereka mengira tulang itu tidak termasuk di dalam istilah bangkai.
Memanfaatkan penggunaan tulang
Walaupun kebanyakkan ulamak berpendapat bahawa tulang itu najis, namun terdapat juga dikalangan para ulamak yang menafikan kenajisan tulang dan membenarkan penggunaannya, Antaranya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu Al-Imam Abu Hanifah dan secara umumnya mazhab hanafi. Pendapat ini juga merupakan sebahagian pendapat di dalam mazhab malik dan Ahmad. Turut membenarkannya ialah Muhammad bin Sirin, Ibn Juraij, al-Tsauri dan yang selainnya seperti yang disebut di dalam al-Mughni: “Yang membenarkan untuk dimanfaatkan dengannya (tulang) ialah Muhammad bin Sirin dan yang selainnya , juga Ibn Juraij berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanadnya daripada Tsauban bahawasanya Rasulullah s.a.w. membeli untuk Fatimah rantai dari Asab (urat sendi haiwan) dan gelang dari tulang… adapaun tulang dari bangkai-bangkai yang lain, al-Tsauri dan Abu Hanifah menyatakan kesuciannya”.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah juga menyokong dan membenarkan pendapat Abu Hanifah ini, bahawasanya tulang tidak termasuk di dalam benda yang najis. Ulasan yang dikemukakan oleh syeikhul Islam Ibn Taimiyyah boleh dirujuk di dalam Majmuatul fatawa 21/97-101 dan penulis ringkaskan seperti berikut
• Hukum asal bagi setiap sesuatu itu suci dan tidak ada dalil di atas kenajisannya
• Tulang, tanduk, kuku, bulu dan sebagainya termasuk di dalam benda yang baik “al-Toyyibat” bukan benda yang kotor “al-Khabaith”.
• Tulang dan benda-benda yang telah disebutkan tidak termasuk di dalam apa yang Allah haramkan, tidak dari segi lafaz dan tidak juga dari segi maknanya. Dari segi lafaz perkara-perkara yang telah disebutkan tidak termasuk di dalam lafaz “al-Maitah” bangkai. Ini kerana “al-Mayyit” mati lawan kepada perkataan “al-Haiy” hidup. Kehidupan pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu kehidupan “al-Hayawan” (bernyawa) dan kehidupan “al-Nabat” tumbuh-tumbuhan. Ciri-ciri kehidupan hayawaniyyah ialah rasa, pergerakan dan berkehendak, manakala ciri-ciri kehidupan tumbuhan ialah per tumbuhan dan pemakanan. Maka firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “diharamkan ke atas kamu bangkai” membawa maksud perpisahan kehidupan haiwan (bernyawa) bukan kehidupan tumbuhan. Jadi bangkai yang diharamkan oleh Allah itu bermaksud: apabila berpisah nyawa maka terpisah juga rasa, pergerakan dan rasa berkehendak, maka itu yang dinamakan sebagai mati dan dinamakan sebagai bangkai. Oleh yang demikian kita mengetahui bahawasanya bulu, tulang, kuku dan sebagainya termasuk di dalam kategori kehidupan “al-Nabatiah” tumbuh-tumbuhan (bukannya kehidupan hayawaniah, maka ia bukan dari kategori bangkai). Kerana ianya tidak bergerak dengan sendirinya tetapi hanyalah mengikut (kepada asalnya).
Ulamak bersepakat mengatakan haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir “Dam al-Sail” maka ianya tidak najis, seperti lalat, kala jengking, kumbang dan seumpamanya walaupun ianya mati menjadi bangkai. Sekiranya begitu maka kita mengetahui bahawasanya illat (sebab) kenajisan bangkai itu ialah disebabkan kerana bercampur dengan darah yang mengalir. Ini menunjukkan bahawa tulang ialah bahagian yang lebih utama untuk tidak dinajiskan kerana tulang tidak bercampur atau tidak mempunyai darah yang mengalir. Maka haiwan-haiwan yang mati, yang terpisah daripadanya rasa, pergerakan dan berkehendak (kehidupan haiwan) tidak dinajiskan, oleh kerana ianya tidak mempunyai darah yang mengalir, mengapa pula tulang itu dinajiskan sedangkan tulang tidak mempunyai darah yang mengalir?
Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah: Tidak aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir.
Pengharaman sesuatu itu kadang-kadang disebabkan adanya darah (iaitu darah yang mengalir) dan kadangkala disebabkan rosaknya penyembelihan seperti sembelihan majusi dan orang yang murtad. Sekiranya demikian maka tulang, tanduk, kuku dan yang seumpamanya tidak mempunyai darah yang mengalir, oleh itu tidak ada sebab untuk dinajiskan
• Sebuah hadis di dalam al-Sahih, Nabi s.a.w. berkata di dalam masalah kambing Maimunah yang mati “mengapa kamu tidak mengambil kulitnya dan manfaatkannya? Mereka menjawab: sesungguhnya ia bangkai, Nabi berkata: Yang diharamkan ialah memakannya. Riwayat al-Bukhari tidak menyebut perkataan “al-Dibagh” samak . Dan Nabi s.a.w. menjadikan proses menyamak atau sertuan ke atas kulit itu sebagai penyucinya kerana dengan melakukan yang demikian itu mengeringkan kulit tersebut daripada kelembapan cecair (darah) “al-Rutubah”. Ini menunjukkan bahawa sebab kenajisan sesuatu itu disebabkan oleh kelembapan cecairnya, sedangkan tulang itu tidak ada padanya cecair yang mengalir “Rutubah Sailah”. jika sekiranya ada maka dia boleh dikeringkan dan ianya akan berkekalan dan terpelihara lebih daripada kulit, maka tulang itu lebih utama kesuciannya daripada kulit.
Antara ulamak-ulamak semasa yang berpendapat seperti ini ialah Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya Taisir al-Fiqh lil Muslim Mu’asir, Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya al-Mufassol, dan begitu juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh islamweb.net pada tahun 2005/1426 apabila ditanya tentang masalah ini.
Sementara syeikh Hussin bin Audah al-‘Awaisyah di dalam kitabnya al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Muyassarah berpendapat tulang, rambut/bulu, tanduk adalah najis bagi haiwan yang dihukumkan kenajisannya. Tetapi beliau kemudiannya menyatakan: “kecuali jika sekiranya boleh di samak”. Ini menunjukkan tulang, tanduk, bulu dan sebagainya sekiranya boleh disamak maka ianya menjadi suci. Pernyataan ini beliau mengambil faedah daripada gurunya iaitu Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani.
Kesimpulan yang diperolehi dari perbahasan ini bahawasanya tulang walaupun jumhur ulamak mengharamkan penggunaannya disebabkan kenajisannya tetapi hujah para ulamak yang tidak menghukumkan kenajisan tulang dan seterusnya boleh dimanfaatkan seperti Imam Abu Hanifah dan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah juga merupakan hujah yang kuat.
Disebabkan itu islamweb.net memilih dan mentarjihkan pendapat yang kedua yang membenarkan penggunaannya. Mereka menyatakan: “Adapun jika tulang itu dari haiwan yang dikira bangkai, maka adanya perselisihan dikalangan ulamak dalam memanfaatkannya, dan yang rajih (tepat) daripada pendapat-pendapat mereka Insya Allah, dibolehkan untuk mengambil manfaat daripadanya seperti kulit haiwan setelah mana ianya disamak atau disertu, oleh itu tiada halangan untuk menggunakan tulang haiwan selagi mana tiada halangan yang boleh menghalangnya dari dimanfaatkan”.
Jika hukum kenajisan tulang itu diterima sepertimana hujah jumhur ulamak, ianya disebabkan bercampurnya tulang tersebut dengan darah atau lembapan, maka sekiranya bahagian-bahagian tersebut boleh disucikan dengan cara menyamaknya pada ketika itu insya Allah ianya suci dan harus dimanfaatkannya kerana kaedah menyamak itu bertujuan menghilangkan kelembapan atau lendiran yang ada pada bahagian tersebut.
Tulang di dalam Industri Pembuatan
Telah dinyatakan sebelum ini bahawa kenajisan tulang itu disebabkan lembapan darah, lemak dan sebagainya yang melekat pada tulang tersebut dan apabila ianya disamak maka hilanglah kelembapan tersebut sekaligus menjadikannya suci dan boleh digunakan. Oleh yang demkian tidak menjadi masalah di dalam industri pembuatan yang serba moden dan canggih.
Melalui proses yang dijalankan, secara tidak langsung menghilangkan kelembapan yang masih melekat di bahagian tulang atau bahagian-bahagian lain yang seumpamanya. Sekiranya kita boleh menerima kaedah samak yang menggunakan sabun daripada tanah yang telah diproses, mengapa pula kita tidak boleh menerima proses moden di dalam menghilangkan segala kelembapan dan darah yang terlekat pada bahagian tertentu seperti kulit, tulang, tanduk, kuku dan sebagainya?

Bone China - Tulang di dalam pembuatan pinggan mangkuk atau tembikar.
Bone China ialah pinggang mangkuk atau tembikar yang menjadikan salah satu bahan utama untuk membuatnya ialah tulang. Ia adalah sejenis porselin (tembikar) yang pertama dihasilkan di Britain dengan mengkalsinkan (pembakaran) tulang lembu (abu tulang yang disebut bone ash) sebagai bahan utama. Kelebihan tembikar ini adalah warnanya yang amat putih, lutsinar dan ianya kukuh. Penghasilanya melalui dua peringkat pembakaran, peringkat pertama di bakar 1280 c (2336 c) yang akan menjadikannya lutsinar dan peringkat kedua ia digliskan dan dibakar pada suhu yang rendah kurang dari 1080c (1976 c) (http://en.wikipedia.org/wiki/Bone_china)
Bone Ash atau abu tulang adalah serbuk putih yang terhasil dari proses pembakaran(pengkalsinan) tulang . Bahan utamanya adalah kalsium fosfat, dimana ia biasanya digunakan dalam baja, bahan pengilap dan bahan dalam membuat seramik (seperti tembikar cina- Bone China). Melalui sejarahnya ia juga digunakan dalam pembuatan serbuk penaik dan ujian kupel. Walaupun alternatif-alternatif sintetik telah dihasilkan (sintetik tri- atau dikalsium fosfat), kebanyakkan tembikar Bone China masih dibuat menggunakan abu tulang yang semulajadi. Abu tulang sintetik juga digunakan sebagai satu agen untuk melonggarkan logam yang tidak poros dari acuan seperti tembaga. (http://en.wikipedia.org/wiki/Bone_ash) Gambar: Bone Ash (Abu Tulang)
Bone Char - Tulang di dalam pembuatan penapis, pemekat petroleum dan warna untuk lukisan
Bone Char juga dikenali sebagai tulang hitam atau arang tulang, ia adalah bahan hancur yang dihasilkan dari pembakaran tulang haiwan. Tulang tersebut dibakar pada suhu tinggi (dalam lingkungan 400-500 c) dalam atmosfera tanpa oksigen untuk mengawal kualiti produk tersebut supaya ia meningkatkan keupayaannya menyerap florida dalam air dan menapis besi berat dari bahan cecair. Kualiti yang terhasil dari arang tulang ini mudah dikenal pasti menurut warnanya. Arang hitam menunjukkan tulang tersebut tidak dibakar sepenuhnya dan masih mengandungi kotoran organic yang boleh menyebabkan warna atau bau yang tidak dingini kepada air yang hendak dirawat/tapis. Arang tulang yang berwarna putih pula adalah arang tulang yang terlebih dibakar dan hanya mempunyai kadar peyerapan florida yang rendah. Arang tulang yang berwarna kelabu-kecoklatan adalah yang terbaik untuk aplikasi penyerapan. Kualiti arang tulang itu biasanya dikawal dengan jumlah oksigen yang wujud ketika proses pembakaran. Arang tulang biasanya mengandungi kalsium fosfat dan sedikit karbon. Arang tulang kebiasaanya mempunyai permukaan yang rendah berbanding karbon aktif tetapi mempunyai kadar penyerapan yang tinggi berbanding kuprum, zink dan cadmium.
Arang tulang biasanya digunakan untuk mengeluarkan florida dari air dan menapis air dari aquarium. Ia juga digunakan dalam industri penapisan gula untuk menghilangkan warnanya. Di Australia gula yang ditapis di sana tidak menggunakan arang tulang . Arang tulang juga digunakan di dalam minyak mentah untuk menghasilkan jeli petroleum.
Arang tulang ini juga digunakan sebagai pigmen hitam, yang mana digunakan dalam lukisan artistik kerana ia menghasilkan hitam yang pekat . Ivory black adalah pigmen hitam yang artis (pelukis) gunakan yang dibuat dari proses menghancurkan gading atau tanduk dan dicampurkan ke dalam minyak. Pada masa kini ianya banyak menggunakan arang tulang Bone Char disebabkan kos yang mahal untuk mendapatkan gading atau tanduk, juga disebabkan haiwan yang menjadi sumber untuk memperolehi gading tersebut telah dilindungi kerana ianya sepsis yang terancam. (http://en.wikipedia.org/wiki/Bone_char)
Bone Folder – Tulang yang dijadikan sebagai bahan pelipat.
Satu lagi produk yang diperbuat dari tulang ini ialah Bone Folder atau pelipat tulang ialah alat yang tidak tajam yang digunakan untuk meluruskan atau melipat sesuatu bahan seperti digunakan untuk menjilid buku, membuat kad atau apa saja yang perlu lipatan yang tajam dan kemas. Ia juga sering digunakan untuk menanda fabric (kain) tanpa merosakkannya . ia sering dihasilkan dari tulang lembu, rusa, atau haiwan yang seumpamanya. Terdapat juga alternatif sintetik yang diperbuat dari plastik. Pelipat tulang yang dibuat dari teflon mempunyai kelebihan di mana ianya tidak meyebabkan tanda yang berkilau pada kertas ketika digunakan.
Ini adalah antara contoh produk-produk yang terkenal yang dihasilkan daripada tulang haiwan dan banyak lagi produk-produk yang lainnya seperti barangan perhiasan, gelang, rantai dan yang lain-lainnya. Jika dilihat kepada proses “Bone China” atau “Bone Char” maka pembakaran yang disebut sebagai proses pengkalsinan tulang untuk menghasilkan abu “Bone Ash” lalu digunakan untuk menghasilkan tembikar atau pinggan mangkuk sudah cukup untuk menghilangkan segala kelembapan yang terdapat pada tulang tersebut. Bahkan ianya lebih lagi daripada proses menyamak kulit yang biasa dilakukan untuk mengeringkan kulit dan sebagainya. Maka bagaimana boleh lagi dikatakan ianya masih bernajis?
Wallahu a’lam

Saturday 11 February 2012

ROYAL ALBERT JUNE DELIGHT(SOLD)






1 TEKO -EXCELLENT
6 CAWAN
TERDPT KESAN BROWNISH PD BHGN DLM 3 CWN(1 AGAK KETARA MANAKALA 2 TIDAK BERAPA KELIHATAN), 1 HAIRLINE PD 1 CWN 
6 SAUCERS-EXCELLENT
1 MILK JUG-ENCELLENT

SANGAT SESUAI DIJADIKAN HIASAN
RM550 TERMASUK POSTAGE
(RESERVED TO KANOKKHWAN-THAILAND)

Monday 6 February 2012

WILLOW DINNER PLATES


4 PCS dinner plates
RM140 inclusive postage

MIX N MATCH TEA SET(SOLD)




1 teapot
1 milk jug
2 cups
2 tennis plates
RM150 inclusive postage

ROYAL ALBERT FLOWER OF THE MONTH (SOLD)



MAY JUNE (SOLD)

JULY AUGUST (SOLD)

DISEMBER (2 SETS AVAILABLE-1RESERVED.1 SOLD)

RM95 PER SET INCLUSIVE POSTAGE



ONLY TEA PLATE AVAILABLE  FOR JUNE AND JULY(SMALL PLATE)
RM50 PER PLATE

ADAMS ENGLISH JUG/PITCHER(SOLD)




RM130